JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR SMART STRATA 2017

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Image result for logo selangorku

YBhg. Tan Sri/ Dato’Seri/Datuk /Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR SMART STRATA 2017

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan PTGS akan menganjurkan Seminar Smart Strata 2017 yang akan diadakan pada 14 & 15 Mac 2017, bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

3. Seminar ini akan mengupas dan membentangkan topik – topik penting terkini seperti Evolusi Pembangunan Strata dan hala tuju Pengurusan Strata di Malaysia, proses SIFUS (Sijil Formula Unit Syer), Vacant Possession (VP), Permohonan Hakmilik Strata, Certificate of Proposed Strata Plan (CPSP) dan pendedahan berkenaan seksyen peralihan Akta Hakmilik Strata 1985 A1518 pindaan 2016 yang merangkumi pindaan berkaitan :

i) Pengambilan Petak/ Bangunan/ Harta Bersama/ Tanah
ii) Bangunan Khas (pelan dan bangunan yang tidak sama)
iii) Perlaksanaan Cukai Petak Strata

4. Bersama-sama ini disertakan poster dan borang pendaftaran untuk tindakan YBhg. Tan Sri/ Dato’Seri/Datuk /Dato’/Tuan/Puan . Untuk pendaftaran penyertaan, sila isikan borang pendaftaran seminar dan lampirkan bukti pembayaran ke email jamil@selangor.gov.my. Tempat adalah terhad dan untuk mendapatkan harga promosi ruzainsila hubungi Encik Jamil Bin Jemain di talian 014-6681801 / 03-55205640.

5. Kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan dalam menjayakan seminar ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MEMBANGUN BANGSA MEMAKMUR NEGERI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,

Jamil

JAMIL BIN JEMAIN

Bahagian Hakmilik Strata

Pejabat Tanah dan Galian Selangor

Email : jamil@selangor.gov.my

No.Tel : 014-6681801 / 03-55205640